hari ni sudah genap 20 hari kita berpuasa..... suka atau tidak tinggal 10 hari lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan..sedih ni... sya, suami dan anak2 berada d sungai buloh selangor.. matang pagar..tempat yang penuh dengan kilang perindustrian...
sebagai seorang perantauan.. rindu juga bila teringatkan kampung halaman.. sebab tak dapat balik kampung??? eh..kena bagitahu juga ka??? tak payah tahulah.. saya ni pemalu sikit... sikit je!!!!hehehhe..
kakak suruh sya telefon kat rumah kerana nak tahu resepi buat kuih jintan... mengalir air mata kerana tak dapat buatkan emak kuih raya.. sedih..sedih.. sebenarnya pertama kali ni berhari raya tanpa emak.. ibu yang sya panggil emak berada d tawau sabah... pelik jugakan.. demi memenuhi tanggungjawab sebagai seorang isteri.. kena ikut suami kemana sahaja dia pergi.. tempat ni sunyi sangat... tiada keluarga dan sahabat lain.. berjiran dengan orang cina dan warga bangladesh juga myanmar hehehe..
raya tahun ni sunyi sikit.. separuh daripada teman serumah kami akan balik kampung.. sya tak buat persiapan untuk raya tahun ni.. cuma beli baju untuk anak-anak..kalau makanan pula... buat apa nak beli bahan untuk hari raya.. rumah kuarters mcm tempat kami ni tak ada siapa nak datang.... sedihnya... sedihnya... untuk itu sya cadang nak minta suami bawa sya dan anak-anak pergi ke satu tempat.. untuk menghilangkan hati yang rawan kerana tak berhari raya kat kampung halaman...
lebih sedih lagi tak dapat jenguk pusara arwah bapa saya..al-fatihah untuk arwah....
mak, maafkan sya kerana tak dapat berhari raya tahun ni ngan mak.. maafkan sya kerana hari raya tahun ni tak dapat cium tangan mak... maafkan sya kerana selalu berkasar dengan mak... mak... sebagai pengganti diri ni.. sya kirimkan duit bonus suami sya supaya mak boleh beli baju untuk raya tahun ini... mak.. saya sayang mak... selalu sayang mak..
oh ya!!! saya tak bagitahu lagi kan.. saya ada lagi seorang anak perempuan.. namanya Nurul Amierah Ashikeen.. seorang anak yang pintar dan becok (banyak cakap)!!!.. sayang anak mama.. belajar rajin-rajin supaya boleh jadi orang yang berguna.. jgn suka lawan cakap nenek dengan ibuk ceh.. emak sentiasa doakan untuk kamu agar jadi yang terbaik untuk semua orang...
kesian anak aku seorang tu.. dia tak kasi nampak pun dirinya yang dia sedih semasa sya tinggalkan dia.. saya sempat nampak dia mengalirkan air mata ketika masuk ke balai berlepas di airport tawau. dengan lambaian serta suara "bye mak... telefon eykeen nanti ya..." katanya.. mengingatkan semua itu semula membuatkan saya menangis.. sejak 7 bulan berada di sini.. itu cerita anak sulung saya yang saya titipkan kepada emak saya...
sekarang ni.. bahang nak berhari raya jelas terasa walaupun berada di perantauan.... kawan-kawan di facebook sibuk bercerita.. nak beli baju raya yang macammana.. nak kasut stail apa.. dan sebagainya.. yang seronok.. bila tgk hero saya dua orang niii.. mak.. nak baju hari raya... nak kasut hari raya.. nak gunting rambut.. pendek kata.. mereka lah yang paling riuh...
sya belum bawa mereka beli baju raya lagi...
pendek kata... macam-macam yang berlaku selama 20 hari berpuasa di perantauan... sayang semua yang menyayangi saya... sampai jumpa lagi d lain hari... byeeeeeeee...
Assalamualaikum w.w....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan